fbpx

Lawatan Saifuddin ke Jerman promosi diplomasi bahasa, budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN.

PUTRAJAYA- Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan kerja ke Jerman bermula hari ini dengan turut disertai oleh dua tokoh akademik terkemuka tempatan.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kunjungan sehingga 2 Oktober depan itu bersempena dengan Program Khas Promosi Diplomasi Bahasa dan Budaya di negara Eropah tersebut.

“Lawatan julung kali ke ibu kota Berlin akan menyaksikan beliau bertemu Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bagi perbincangan kerjasama lama terjalin antara dua negara.

“Dua acara di Berlin itu turut melibatkan Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia,” jelas kenyataan itu di sini tadi.

Seterusnya beliau bakal terlibat dalam program rundingan meja bulat di Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik Eropah yang diberi tajuk ‘Peaceful Coexistence in Post-Pandemic Era.’

Saifuddin juga akan hadir menyampaikan ucaptama siri syarahan di Institut Diplomasi Kebudayaan yang bertajuk ‘Social Cohesion: Moving Beyond the Frame of Conflict and Consensus.’- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI