fbpx

Kereta ‘level’ M40, tapi tak mampu bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta Proton X50 yang ditahan Prolintas ekoran tidak membayar tunggakan tol.

PETALING JAYA – Pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas didapati culas membayar tunggakan bayaran tol berjumlah RM57.50.

Menerusi ciapan di Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lelaki tersebut ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat malam tadi.

“Usaha mengesan penceroboh tol dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan berjaya ditahan di plaza tol AKLEH.

“Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50. Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan di lokasi sama,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Prolintas giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab supaya melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai menyindir lelaki tersebut kerana mampu membeli kenderaan baharu, tetapi tidak membayar tol.

“Kereta baharu boleh beli, tapi tak mampu nak bayar tol,” kata seorang pengguna.

“Kalau tol pun ‘sengkek’ nak bayar, baik kau pakai Perodua Axia. Tak payah nak pakai kereta besar,” sindir seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI