fbpx

Hulu Perak muncul juara Liga Tunas B-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain ceria ketika meraikan SMK Sultan Idris Shah II muncul juara pertama kejohanan Liga Tunas Malaysia anjuran JBS sebentar tadi.

IPOH – Pasukan Hulu Perak muncul juara Liga Tunas Malaysia kategori B-16 selepas menundukkan pasukan Kinta Selatan 2-0 di Padang Taman D R Seenivagam, Ipoh sebentar tadi.

Jaringan Muhammad Syakir Rasyad Mohd. Sayuti pada minit ke-29 dan Muhammad Fahmi Erfan Subri (49′) membolehkan SMK Sultan Idris Shah II dinobatkan sebagai juara pertama kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

Dengan kejayaan itu pasukan Hulu Perak meraih hadiah wang tunai RM2,000, manakala naib juara, Kinta Selatan yang diwakili Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Gopeng menerima RM1,500.

Hulu Perak mara ke final selepas mengenepikan wakil Perak Tengah, SMK Seri Iskandar 3-1 pada separuh akhir, manakala SBPI pula mengecewakan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1-0.

MCKK menebus kekecewaan pada separuh akhir dengan mengatasi Seri Iskandar 3-1 melalui penentuan sepakan penalti untuk penentuan tempat ke-3.

Sementara itu, Perak Tengah muncul juara kategori B-12 apabila wakilnya, S.K Iskandar Perdana menumpaskan wakil Manjung, SK Pangkalan TLDM, 2-1 di Padang Ipoh.

SK Sungai Siput menduduki tempat ketiga selepas menundukkan SK Tanjong Malim 4-2 melalui sepakan penalti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI