fbpx

Gaji saya sudah cukup – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) bergambar dengan pelajar-pelajar selepas Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala YAB Menteri Besar Perak di Dewan Bankuet SUK, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan dakwaan dan pertuduhan sesetengah pihak mengatakan beliau mahu menjadi kaya dengan hasil perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.

Menurut Saarani, beliau tidak akan membelakangkan keperluan rakyat serta keperluan membangunkan negeri ini melalui hasil bumi yang diperoleh kerajaan negeri.

“Jangan ada sebarang pertuduhan mengatakan Menteri Besar Perak gila hendak jadi kaya dengan mencari gali lantanid.

“Tidak. Menteri Besar Perak tidak main benda itu. Cukup sudah gaji saya,” katanya kepada pemberita selepas menyampai hadiah kepada pemenang-pemenang Pidato Perak Sejahtera Piala Menteri Besar Perak 2022 di Dewan Bankuet SUK Perak di sini hari ini.

Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak berkata, pihaknya juga mengetaui terdapat hasutan mengatakan beliau mencari kekayaan peribadi dengan perlombongan lantanid yang bakal dimulakan bila-bila masa sahaja itu.

“Adalah sedikit hasutan kononya ‘masyuk’. Saya baca semua itu, saya dengar dengar dengan teliti ayat dia dan saya dengar kerana hendak masyuk.

“Saya akan kekal dengan cara saya, saya tidak akan berniaga, tidak akan berlumba dengan rakyat negeri Perak untuk mencari kekayaan melalui lantanid,” katanya.

Mengulas lanjut Saarani berkata, perlombongan lantanid di Hulu Perak itu perlu dijalankan bagi membolehkan kerajaan negeri memperoleh pendapatan baharu demi rakyat Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI