fbpx

Sullyoon menangis susahnya jadi artis K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULLYOON

PENYANYI kumpulan NMIXX, Sullyoon mengakui bukan mudah mengikuti jadual kehidupan sebagai seorang artis dalam industri K-pop yang serba mencabar.

Katanya, dunia artis tidak seindah dan sebahagia sangkaan ramai, jauh sekali untuk menikmati kehidupan seperti orang biasa.

Sullyoon berkata demikian menjawab pertanyaan seorang ibu kepada peminatnya dalam program HeySeries.

“Saya lalui banyak waktu sulit dalam usaha memperbaiki diri. Terutamanya ketika latihan.

“Sejujurnya, saya banyak menangis sendirian. Sebab saya selalu rasa, diri sendiri tak cukup memberi yang terbaik. Itu adalah bahagian paling sukar dalam hidup saya,” luahnya.

Sullyoon bagaimanapun tidak pernah berkongsi masalahnya dengan kedua-dua orang tua dan lebih gemar mendepani segala kesukaran sendirian.

“Saya tinggal berjauhan dengan mereka. Saya tak mahu merisaukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI