fbpx

Siapa terlepas tengok Musytari kena tunggu 107 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar planet Musytari yang dirakam dari Balai Cerap, Planetarium Negara malam tadi.

PETALING JAYA – Beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka ketika melihat planet Musytari ketika berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi malam tadi.

Fenomena tersebut yang dikenali sebagai istiqbal yang difahamkan akan terjadi selang 107 tahun.

Dalam kejadian itu, permukaan Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari yang menyebabkannya menjadi lebih terang berbanding pada kedudukan lain.

“Masya-Allah malam tadi sambil menonton Master Celebration dan menikmati taburan bintang-bintang, langit sangat cerah.

“Planet Musytari sangat jelas terang-benderang di angkasaraya sebelah Timur. Terang sangat, kelihatan seperti kapal terbang kerana terlalu terang cuma ia tak berkelip,” kata Lyna Noh menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan planet terbesar dalam sistem suria itu akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 26 September (semalam).

“Musytari akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi yang mana merupakan kedudukan paling hampir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI