fbpx

Rakyat Russia di Estonia ditegah pergi berperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan melakukan protes menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu di hadapan Kedutaan Russia di Tallinn. – AFP

TALLINN, ESTONIA – Kerajaan Estonia memberi amaran kepada penduduk yang berasal dari Russia bahawa kewarganegaraan mereka akan dibatalkan selain turut diharamkan daripada berada di Estonia dan negara  Kesatuan Eropah (EU) lain sekiranya mereka mengambil bahagian dalam perang menentang Ukraine.

Menurut laman berita Wion News, terdapat kira-kira 20,000 penduduk yang bertutur  dalam bahasa Russia menetap di Estonia serta mungkin mendapat arahan untuk menyertai perang di Ukraine.

“Kami tidak akan memaksa  sesiapa sahaja untuk mengikuti arahan ini , namun penyertaan dalam jenayah yang menentang keamanan (perang di Ukraine) merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang Estonia.

“Penduduk tetap Estonia yang menyertai tentera Russia dalam peperangan menentang Ukraine akan kehilangan permit menetap serta diharamkan daripada berada di negara-negara EU. Tiada jalan pulang untuk mereka yang pergi,” kata  ahli politik dan diplomat Estonia, Eerik-Niiles Kross.

Tambah Kross, sekiranya rakyat Russia yang menetap di Estonia menerima arahan kerahan tentera dan membuat keputusan untuk tidak menyertainya, Tallinn akan memberikan individu tersebut perlindungan undang-undang.

Menurutnya, Moscow tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja di Estonia yang tidak mengikut draf kerahan tenaga.

“Semua penduduk sah dengan kewarganegaraan Russia di Estonia memiliki perlindungan perlembagaan dan hak yang sama dengan rakyat negara ini,” kata beliau.

Langkah kerahan tenaga diumumkan selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan akan menghantar tentera simpanan Russia, yang memberi isyarat bahawa perang di Ukraine masih jauh daripada berakhir. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI