fbpx

32 ‘port’ dadah dikenal pasti di Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli Mohamed (dua kiri) melawat gerai pameran selepas Program 'Town Hall Discussion' peringkat kontinjen Pahang bersama Ketua Polis Pahang 2022 di Dewan Semai Bakti, Felda Triang 3 di sini hari ini.

BERA – Polis tidak menafikan terdapat tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijadikan ‘port’ untuk urusan jual beli dadah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf bagaimanapun berkata, walau bagaimanapun ia berlaku dalam skala kecil berbanding kawasan di pantai barat yang mana lebih banyak kes pengedaran bahan terlarang itu.

“Di Felda (Pahang) ia melibatkan penggunaan dadah sahaja, kalau ada pun, itu pun dalam skala yang kecil,” katanya ketika ditemui selepas Program ‘Town Hall Discussion’ peringkat Kontinjen Pahang bersama Ketua Polis Pahang 2022 di Felda Triang 3, di sini hari ini.

Program kali kedua diadakan selepas daerah Temerloh itu bertujuan menyuntik semangat dan dorongan kepada masyarakat agar bersama-sama pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah.

Sesi bual bicara selama dua jam itu turut menampilkan Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Mat Yusof Abdul Rahman, Pengarah Wilayah Felda Mempaga, Mohd. Saidee Salleh dan Ketua Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Timur, Khairil Husni Ahmad.

Menurut Ramli, daripada 115 tanah rancangan yang terdapat di Pahang, sebanyak 32 ‘port’ penagihan dadah dikenal pasti dalam kawasan Felda di negeri ini, namun tidak sewajarnya Felda digelar sebagai lubuk penagihan dadah.

“Felda bukan lubuk penagihan, tidak adil kita memberi gambaran sedemikian. Ia satu kebetulan kerana Felda sebuah kawasan berstruktur.

“Dalam keadaan kebetulan inilah, di bandar pun banyak penyalahgunaan dadah tetapi sebab Felda terancang, berstruktur dan banyak bilangannya, fokusnya dilihat di situ,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI