fbpx

Pemandu lori panas baran dicekup dera anak kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Sikap panas baran seorang pemandu lori sering memukul dua anak kembarnya hanya kerana kanak-kanak tersebut sering merayau dan lewat pulang rumah membawa padah apabila diberkas polis semalam.

Suspek warga tempatan berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 7.30 malam di sekitar rumah mereka di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa di sini selepas menerima laporan polis daripada isteri suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dikatakan berlaku pada 20 September lalu apabila pengadu ketika berada di rumah mereka melihat suaminya memukul dua anak lelaki kembarnya berusia 11 tahun.

Katanya, suspek telah bertindak menampar dan dan menumbuk muka serta badan mengunakan tangan terhadap kedua-dua anaknya itu.

“Isteri suspek cuba menghalang namun turut dipukul lelaki itu sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek seorang yang panas baran dan sering memukul kedua-dua anak kembarnya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, terdapat kesan kecederaan lama ditemui di badan kedua-dua mangsa akibat dipukul oleh suspek.

Ujarnya, bagaimanapun tiada sebarang rawatan atau laporan polis dibuat berkenaan kejadian tersebut sebelum ini.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa sering keluar merayau dan pulang lewat ke rumah.

“Hasil siasatan turut mendapati suspek adalah bapa kepada lima orang hasil perkahwinan dengan isterinya,” jelasnya.

Hoong Fong menegaskan, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah dengan suspek kini direman selama empat hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI