fbpx

PATI lari dalam semak elak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pati diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah kilang plastik dan kotak di Juru, Seberang Perai Selatan, di sini hari ini. - FOTO/ IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Tindakan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri ke dalam semak bagi mengelak diberkas anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang tidak berhasil apabila diberkas.

Itu antara gelagat sebahagian 45 PATI dalam serbuan di sebuah kilang membuat plastik dan kotak di Juru di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen negeri, Shah Inor Shahbudin berkata, kesemua yang diperiksa termasuk beberapa wanita itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, salah guna pas lawatan, tinggal lebih masa dan lain-lain lagi.

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dengan 17 daripada mereka merupakan warga Myanmar manakala selebihnya dari Bangladesh.

“Siasatan mendedahkan ada dalam kalangan pekerja terbabit bekerja di kilang itu selama hampir tiga tahun. Ada juga yang bekerja di situ sejak tiga bulan lalu.

“Kita percaya ada PATI yang masuk melalui ‘jalan tikus’ kerana apabila ditanya mereka tak dapat bagi jawapan atau mengelak daripada memberikan maklumat,” ujarnya.

Kesemua yang ditahan akan dihantar ke Pusat Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI