fbpx

Pas akan muktamad pilih PN atau UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan menyuarat MPN hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pas dijangka akan memuktamadkan siapa ‘rakan’ kerjasama mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Menurutnya, pada pertemuan itu, Abdul Hadi menjelaskan kepada beliau bahawa parti itu akan memutuskan segera rakan kerjasama mereka pada PRU-15 sama ada PN atau UMNO.

“Beliau (Abdul Hadi) menjelaskan, pertemuannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi tidak mencapai apa-apa keputusan. Dia beritahu tidak ada hasil daripada pertemuan itu.

“Saya diberikan bayangan oleh Abdul Hadi bahawa kemungkinan Pas akan buat keputusan muktamad tentang hala tujunya dalam PN,” katanya pada sidang akhbar selepas menyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Pas untuk buat keputusan kerana beliau sudah memberi pandangan supaya PN tidak dilihat tidak kukuh dalam bentuk gabungan.

Jelasnya lagi, PN harus mengambil satu pendirian yang sama dalam semua perkara supaya tidak ada pertembungan kepentingan sekali gus menentukan kemenangan dalam PRU-15 akan datang.

Sebelum ini, Muhyiddin berkongsi hantaran di Facebook mengenai pertemuannya dengan Abdul Hadi dan memaklumkan ia satu pertemuan yang harmoni.

Ia turut dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Pas diwakili Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ditanya mengenai hasrat Pas untuk mewujudkan perpaduan ummah antara UMNO dan PN, Muhyiddin berkata, hasrat itu baik dan beliau bersetuju namun, realitinya Bersatu tidak mungkin bekerjasama dengan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI