fbpx

Majlis perkahwinan jadi ‘pasar tani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu majlis bebas untuk membawa pulang sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan. - TikTok/kamikisah_

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian netizen kerana meletakkan buah-buahan dan sayuran segar di samping dekorasi lain, lapor program berita Liputan6 semalam.

Bukan sekadar itu, tetamu juga dibenarkan membawa pulang mana-mana sayuran atau buah yang mereka suka.

Berdasarkan klip  video yang  tular, majlis tersebut dihiasi dekorasi floral yang turut diselitkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran di atas meja serta pentas perkahwinan.

Antara yang diletakkan termasuk buah anggur, nanas, tomato, lobak dan kacang panjang. 

Semua bahan makanan itu boleh diambil oleh tetamu, malah terdapat tetamu yang memasukkannya ke dalam bakul untuk dibawa pulang.

“Majlis perkahwinan seperti pasar tani. Boleh dibawa pulang. Bila lagi mahu ‘membeli’ tanpa membayar kan,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Hebat sekali idea ini,” kata seorang netizen.

“Kreatif sekali ideanya. Mata segar dan badan sihat ketika hadir ke majlis perkahwinan,” ujar seorang lagi pengguna. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI