fbpx

Mahkmah: Pendakwaan tutup kes pecah amanah, ubah wang haram Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Selepas 30 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes perbicaraan pecah amanah dan pengubahan wang haram Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil semula tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Mohd. Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip untuk disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo.

Justeru pihak pendakwaan menawarkan 13 saksi kepada pihak pembelaan antaranya ialah Pegawai Forensik SPRM Moses Anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh.

Dalam pada itu saksi lain yang ditawarkan ialah rakan-rakan Syed Saddiq iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mahkamah juga turut memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada Jumaat atau Isnin ini.

Mahkamah turut menetapkan 6 dan 7 Oktober ini untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI