fbpx

Lelaki meninggal dunia ketika daki Hutan Simpan Bukit Kledang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang tidak sedarkan diri ketika mendaki bukit di Hutan Simpan Bukit Kledang di Menglembu hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Hutan Simpan Bukit Kledang dekat Menglembu di sini hari ini.

Mangsa, Shahrom Ahmad Salaludin, 40, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mendaki bersama rakannya di lokasi yang terletak kira-kira 400 meter dari kaki bukit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.09 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bertugas menggunakan peralatan khas termasuk pengusung untuk membawa turun mangsa dari ketinggian 400 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, apabila tiba di kaki bukit, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 8.30 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI