fbpx

Korea Selatan tolak pertahan Taiwan, lebih risau ancaman Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoon melihat ancaman Korea Utara adalah lebih penting berbanding membantu AS mempertahankan Taiwan dari Beijing. - Xinhua

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyatakan keengganan untuk membantu Amerika Syarikat (AS) mempertahankan Taiwan daripada serangan China, lapor laman berita  RT semalam.

Beliau sebaliknya mahu tentera negaranya dan tentera AS yang ditempatkan di Semenanjung Korea memberi tumpuan kepada peningkatan risiko konflik dengan Korea Utara dalam konteks tersebut.

“Dalam kes konflik ketenteraan di sekitar Taiwan, akan ada peningkatan kemungkinan provokasi Korea Utara.

“Oleh itu, dalam kes ini, keutamaan utama bagi Korea Selatan dan pakatan AS-Korea di Semenanjung Korea adalah mengukuhkan postur pertahanan kami terlebih dahulu.

“Kami perlu menangani ancaman daripada  Korea Utara terlebih dahulu,” kata Yoon dalam satu temubual bersama stesen penyiaran CNN.

Yoon tidak mengatakan bahawa Seoul sepatutnya menjadi keutamaan AS yang lebih tinggi berbanding Taipei,  namun beliau mencadangkan bahawa kira-kira 28,500 tentera AS di Korea Selatan tidak harus dialihkan untuk berperang di Taiwan.

Presiden AS,  Joe Biden pada minggu lalu berkata bahawa tentera AS akan mempertahankan Taiwan sekiranya berlaku pencerobohan China, menimbulkan tindak balas yang berang daripada Beijing.

China telah berikrar untuk bersatu semula dengan Taiwan, secara kekerasan jika perlu selepas ketegangan antara kedua-dua belah pihak semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI