fbpx

Kanada teruk dibadai Taufan Fiona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kerosakan yang berpunca daripada taufan Fiona di Channel-Port aux Basques, wilayah Nova Scotia di Kanada kelmarin. - AFP

OTTAWA – Kanada dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak dan kritikal selepas taufan Fiona meninggalkan impak kemusnahan yang belum pernah berlaku sebelum ini, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Perkara itu disampaikan oleh pihak berkuasa ketika pekerja-pekerja kecemasan bergerak di lima wilayah untuk memulihkan bekalan elektrik selain membersihkan pokok tumbang dan serpihan bangunan.

“Situasi selepas taufan tidak ubah seperti zon perang,” kata Datuk Bandar Port aux Basques, Brian Button.

Port aux Basques merupakan salah satu bandar yang paling teruk terjejas wilayah Newfoundland. Bandar itu mempunyai sekitar 4,000 penduduk. 

Lebih 20 rumah musnah dan kos kerosakan mencecah berjuta-juta dolar, kata Button.

Tiada kematian disahkan setakat ini tetapi polis Newfoundland sedang mengesan seorang wanita berusia 73 tahun yang disyaki hanyut ke tengah  laut.

“Wanita itu kali terakhir dilihat di kediamannya beberapa saat sebelum ombak menghempas rumah itu dan menyebabkan sebahagian bilik bawah tanah rosak. Dia tidak kelihatan sejak dari itu,” kata polis dalam satu kenyataan.

Beratus-ratus ribu penduduk di seluruh Nova Scotia, Pulau Prince Edward, Newfoundland, Quebec dan New Brunswick kekal tanpa bekalan elektrik kelmarin dengan ratusan kru utiliti dikerah untuk memulihkan kuasa.

“Taufan Fiona akan menjadi punca kerosakan paling buruk berbanding mana-mana ribut yang pernah kami lihat,” kata ketua kerajaan Nova Scotia, Tim Houston kepada saluran berita CBC.

Pegawai-pegawai memberi amaran bahawa dalam beberapa kes, masa hingga beberapa minggu diperlukan sebelum perkhidmatan penting dapat dipulihkan sepenuhnya.

Banyak Pokok tumbang, tiang elektrik patah, bumbung bangunan tercabut dan rumah dihanyutkan selepas taufan Fiona membadai timur Nova Scotia sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) kelmarin, demikian menurut pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI