fbpx

Jesus berhijrah ke Arsenal dianggap perpindahan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS tidak kurang hebat apabila sudah meledak empat gol dan tiga bantuan jaringan dalam tujuh penampilan awal bersama Arsenal. – AFP

LONDON – Ketika tumpuan lebih menjurus kepada bintang Manchester City, Erling Haaland, namun bekas pemain kebangsaan England, Gabby Agbonlahor berpendapat sebaliknya apabila menamakan Gabriel Jesus sebagai perpindahan terbaik musim panas kali ini.

Keputusan Arsenal untuk mendapatkan Jesus daripada Manchester City dengan nilai £45 juta (RM218 juta) dilihat sebagai tindakan tepat dan walaupun masih kurang dari segi gol, pemain dari Brazil itu tetap menjadi pelaburan berbaloi.

Haaland sudah pun merekodkan 14 jaringan dalam 10 perlawanan, Jesus juga tidak kurang hebat dengan meledak empat gol dan tiga bantuan ja­ringan dalam tujuh penampilan awal bersama Arsenal.

Walaupun jurang jaringan kedua-dua pemain agak besar, Agbonlahor bertegas yang impak Jesus secara menyeluruh kepada The Gunners nyata melayakkan namanya diangkat sebagai perpindahan terbaik Liga Perdana Inggeris.

“Bagi saya perpindahan terbaik adalah Jesus. Tidak boleh dinafikan Haaland juga beraksi cemerlang tetapi Man. City juga mampu tampil prestasi hebat walaupun tanpa Haaland.

“Jumlah jaringan mereka juga agak luar biasa walaupun tanpa Haaland sebaliknya Jesus berjaya merubah imej Arsenal menjadi lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Haaland sudah pun muncul sebagai pemain EPL pertama dalam sejarah yang berjaya menghasilkan ja­ringan dalam empat aksi awal di gelanggang lawan dan kini sudah pun mengatasi catatan legenda Man City, Sergio Aguero dan Micky Quinn. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI