fbpx

Hujan lebat di Sabah, Labuan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada pagi ini.

Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk itu berlanjutan sehingga pukul 11 pagi nanti.

“Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.

“Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula melibatkan seluruh kawasan,” katanya hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI