fbpx

Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong (kiri) bersama Akhi Fairuz akan menjadi saksi kes Ebit Lew.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Tenom, Sabah

Firdaus Wong dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa dia bersama seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya serta mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar.

“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” katanya sambil menitipkan doa buat urusannya hari ini.

Tambahnya lagi, moga perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI