fbpx

Bukan salah pelajar, mereka lembam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden tersebut yang tular di media sosial semalam sehingga menimbulkan salah faham ramai.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka semalam memaparkan kejadian seorang bapa yang secara tiba-tiba terjelepok selepas gagal mengimbangi badannya ketika turun dari motosikal di hadapan sebuah sekolah.

Namun, menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial adalah reaksi dua orang anak perempuan pak cik berkenaan yang hanya melihat sahaja bapanya jatuh terduduk dan tidak langsung membantu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kecaman dilontarkan kepada dua pelajar tersebut.

Namun, wakil sekolah menengah berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar tentang keluarga tersebut dan berharap agar video tular itu segera dipadamkan kerana telah menimbulkan fitnah.

“Mohon panjangkan perkara ini kepada pemilik TikTok ini untuk segera padamkan videonya dan membuat permohonan secara terbuka kepada keluarga berkenaan. Amat mengguris hati kami pihak sekolah.

“Pelajar kita ini pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun. Kasihan pelajar ini semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran,” katanya pada hantaran di Facebook semalam.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nur Hanja memaklumkan kedua-dua pelajar tersebut masing-masing berada di tingkatan 1 dan 5 serta dalam senarai orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI