GERIK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi keutamaan kepada mangsa banjir terlebih dahulu sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam musim tengkujuh.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kesiap siagaan JBPM sentiasa berada di paras tertinggi berdasarkan ramalam cuaca oleh jabatan meteorologi beserta jangkaan lokasi-lokasi bakal terjadinya banjir tidak kira semasa pilihan raya atau tidak.
Menurut Mohammad Hamdan, beliau percaya kerajaan lebih peka mengenai keselamatan dan ketenteraman rakyat semasa musim tengkujuh untuk mengadakan PRU. – KOSMO! ONLINE