fbpx

Ulama besar Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 2012 menunjukkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi di sebuah masjid di Kaherah. - AFP

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu – Ulama tersohor, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang berpangkalan di Qatar dan merupakan pemimpin kerohanian Ikhwanul Muslimim, meninggal dunia hari ini, demikian menurut kenyataan laman Twitter rasminya.

Ulama dan ilmuwan Islam itu meninggal dunia pada usia 96 tahun. Semasa hidupnya, Sheikh Yusuf lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi.

Ulama besar itu menghembuskan nafas terakhir di negara Teluk, Qatar di mana beliau hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan di Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Sheikh Yusuf dibicarakan dan dihukum mati tanpa kehadirannya di Mesir.

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan di Mesir dan berkembang di serata dunia Arab, memainkan peranan utama dalam kebangkitan pada 2011 yang menggegarkan rantau Asia Barat dan memegang tampuk pemerintahan selepas menggulingkan diktator Hosni Mubarak.

Bagaimanapun, pemerintahan Ikhwanul Muslimin selama lebih setahun berakhir dengan rampasan tentera dalam tahun 2013. – Agensi

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI