fbpx

Shafee nafi Najib terima layanan istimewa guna kod ‘merpati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafee dan Najib

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirujuk dengan kod nama `merpati’ menerima layanan istimewa ketika mendapatkan rawatan serta pemantauan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai mengarut, peguam tersebut turut mempersoalkan apa maksud `merpati’ yang ditularkan dalam media sosial yang didakwa merujuk kepada anak guamnya.

“Apa `merpati’? Jika Najib mendapat layanan istimewa, sudah tentu beliau akan diberi bilik khas untuk makan tengah hari di mahkamah ketika prosiding berhenti rehat.

“Sangat mengarut. Ia adalah bilik standard (di HRC) bagi sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan dari penjara,” katanya kepada media ketika ditemui sewaktu prosiding perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan hingga petang.

Muhammad Shafee ditanya berhubung dakwaan layanan istimewa kepada bekas Perdana Menteri itu antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara dan rancangan untuk membawanya ke HRC bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Peguam itu menjelaskan, Najib harus melalui prosedur sama seperti berurusan dengan banduan lain ketika melawat Ahli Parlimen Pekan itu Sabtu dan Ahad lalu selepas pulang dari Melbourne.

“Jadi apa yang istimewanya saya tidak faham. Mungkin berhubung makanannya kerana tidak boleh makan pedas dan berminyak disebabkan ulser yang dihadapi.

“Keadaan ulser tersebut teruk manakala berat badannya turun. Secara umum mereka memantau pemakanannya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI