KETERUJAAN penyanyi Seunghun di New York usai menjayakan persembahan Korea-U.S. SMEs go Together Summit K-POP MINICON baru-baru ini bertukar menjadi satu pengalaman ngeri yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Dedah anggota kumpulan CIX itu, dia berdepan pengalaman menakutkan apabila diperas ugut oleh beberapa lelaki tempatan.
“Saya tak boleh keluar sebab semalam saya dirompak. Semalam, ada enam orang lelaki asing memaki saya, kemudian meminta wang. Semua wang yang ada pada saya dikebas mereka,” kongsinya.
Bagaimanapun, Seunghun memaklumkan keadaannya kini baik kerana ketika kejadian, dia bersama salah seorang pengurus kumpulannya keluar membeli taco.
“Saya tak beritahu sebab takut kalian risau. Pengurus menyelamatkan saya. Kalau bukan sebab dia, mungkin saya kena lebih teruk,” katanya lagi.
Pasrah dengan kejadian yang menimpa, Seunghun menganggap apa yang berlaku hanyalah kerana dia tidak bernasib tidak baik.
“Tak mengapa, saya jadikan insiden itu untuk membuang segala nasib buruk.
“Jadi saya dapat cipta memori indah bersama audiens dan FIX (peminatnya),” ujarnya yang sudah pun pulang ke Korea Selatan minggu lalu.