fbpx

Saudi Idol temui peminat di Arab Saudi Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan juri Saudi Idol musim pertama. - Twitter/@AlArabiya_KSA

RIYADH – Rancangan pencarian bakat nyanyian terkenal seluruh dunia dalam versi Arab Saudi dan dinamakan Saudi Idol bakal ditayangkan di negara itu pada Disember ini, lapor akhbar Arab News semalam.

Pengerusi Pihak Berkuasa Awam (GEA) Arab Saudi, Turki Al-Sheikh berkata, francais program hiburan terkemuka itu akan ditayangkan dengan kerjasama konglomerat media, MBC Group (MBC).

Program musim pertama tersebut akan memulakan penggambaran pada Oktober ini bagi mencari bakat-bakat tempatan terutamanya di Riyadh.

Empat juri program itu terdiri daripada penyanyi Arab Saudi, Aseel Abu Bakr, penyanyi dan aktres Emiriyah Arab Bersatu, Ahlam, penyanyi popular dari Syria, Asala dan penyanyi serta komposer berketurunan Iraq-Arab Saudi, Majed Al Mohandis.

“Dengan rasa gembira saya mengumumkan bahawa GEA dengan kerjasama MBC akan melancarkan program Saudi Idol. Rancangan ini akan bermula pada Disember 2022,” kata Turki menerusi laman Twitter.

Sementara itu, MBC menerusi Twitter turut mengajak orang ramai untuk menyertai Saudi Idol.

“Anda mempunyai suara yang merdu dan suka menyanyi? Anda gemar bersaing dan memasuki dunia glamor? Sila sertai program menyanyi terbesar ini. Jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah sekarang,” demikian menurut MBC dalam hebahan di laman Twitter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN