fbpx

Rakyat Tunisia protes kemiskinan, kekurangan bahan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengibar bendera ketika mengadakan demonstrasi di bandar Tunis pada 23 Julai 2022. – AFP

TUNIS, TUNISIA – Beratus-ratus penduduk sebuah kawasan kejiranan miskin di Tunisia melancarkan protes semalam kerana  membantah kemiskinan, kenaikan kos serta masalah kekurangan bahan makanan, lapor akhbar Arab News.

Tunjuk perasaan itu  meningkatkan tekanan terhadap kerajaan pimpinan Presiden Kais Saied.

Tunisia  kini bergelut untuk memulihkan ekonominya ketika rasa tidak puas hati rakyat meningkat selepas kadar inflasi mencecah hampir sembilan peratus. Kedai-kedai di negara itu pula kekurangan bahan makanan kerana tidak mampu membayar import yang mahal.

Negara Afrika Utara itu juga berada di tengah-tengah krisis politik yang teruk sejak Saied merampas kuasa eksekutif tahun lalu dan membubarkan Parlimen dalam tindakan yang digelar pembangkang sebagai rampasan kuasa.

Di daerah miskin Douar Hicher di  Tunis, sebilangan peserta tunjuk perasaan mengangkat buku roti ke udara sambil bersorak: “Di mana Kais Saied?”

Ada antara mereka bertindak membakar tayar.

Selain itu, terdapat juga peserta tunjuk perasaan yang melaungkan slogan: “Di mana gula?” 

Masalah kekurangan bekalan makanan semakin buruk di Tunisia dengan rak-rak di pasar raya dan kedai roti terbiar kosong. Ia menambah rasa tidak puas hari dalam kalangan rakyat yang sukar mendapat bekalan gula, susu, majerin, minyak masak dan beras.

Beberapa video yang dikongsikan di media sosial memaparkan berpuluh-puluh pelanggan berebut untuk mendapatkan satu kilogram gula di pasar.

Tunisia yang mengalami krisis kewangan terburuknya sedang berusaha mendapatkan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi menyelamatkan ekonomi daripada terus lumpuh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI