fbpx

Polis kesan pemandu, penunggang berselisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR – Polis mengesan seorang pemandu dan seorang penunggang motosikal susulan tular rakaman kejadian perselisihan faham antara mereka yang berlaku di Jalan Pinang, di sini.

Ia susulan tular rakaman memaparkan pemandu pacuan empat roda itu memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dari kenderaan sambil memegang objek menuju ke arah penunggang motosikal tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan video berdurasi 24 saat itu selepas dimuat naik di Facebook Arif Danial.

“Setakat ini polis masih giat mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini penunggang motosikal terbabit masih belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Dang Wangi menerusi talian 03-26002222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditalian 03-21159999,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI