fbpx

Masalah buang kucing di pasar makin menjadi-jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBANJIRAN kucing terbiar di Pasar Awam Kepala Batas, Butterworth mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan peniaga dan pengunjung.

SEBERANG PERAI – Peniaga dan pengunjung Pasar Awam Kepala Batas di sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan seliaan dan rondaan bagi menangani masalah kebanjiran kucing terbiar di kawasan itu.

Wakil peniaga, Mohd. Syafiq Mohd. Noor, 19 berkata, jumlah kehadiran haiwan itu semakin mening­kat meskipun PBT sudah melak­sanakan tugas me­ngalihkannya pada minggu lalu disebabkan sikap sesetengah masyarakat yang gemar membuangnya di kawasan pasar.

“Selalunya (pemilik) tinggalkan (kucing) di pasar pada waktu malam, mungkin mengelak di­sedari orang ramai.

“Harap PBT kerap buat rondaan pada sebelah malam supaya kawasan pasar awam ini terpelihara dengan kebanjiran kucing jalanan yang kebanyakannya tidak terurus, malah ada yang sakit.

“Pada masa sama, kami sebagai peniaga juga berharap orang ramai yang gemar memberi makanan kepada kucing terbiar ini menitikberatkan aspek kebersihan kerana ada dalam kalangan mereka membiarkan makanan di kaki lima sehingga mencacatkan pemandangan selain mengundang kehadiran lalat,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Sementara itu, seorang pengunjung Rahmah Hussain, 66, berkata, isu kebanjiran kucing buangan itu bukanlah suatu perkara baharu selain turut me­ngundang masalah pencemaran.

“Setiap kali ke pasar ini, saya lihat banyak kucing berkeliaran di kawasan sekitar. Ada yang menyelongkar sampah dan ada yang berlegar-legar di dalam pasar.

“Hal ini menyebabkan suasana tidak selesa untuk pengunjung,” jelasnya.

Seorang suri rumah, Maimunah Saad, 50, berkata, pengunjung sering ‘disajikan’ de­ngan bau dan tompokan najis kucing terutama di bahagian premis menjual makanan dan minuman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI