fbpx

Kayap ular bersambung boleh bawa maut hanya mitos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayap ular

PETALING JAYA – Waktu kecil dahulu, pernah segelintir orang tua bercerita jika seseorang terkena kayap ular dan ia bersambung, pesakit tersebut akan meninggal dunia.

Menerusi perkongsian pengamal perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, sebenarnya agak mustahil kayap ular mengelilingi badan seseorang.

Katanya, kayap ular kebiasaannya melibatkan dada dan muka, malah ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami lebih daripada satu bahagian badan, tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak.

“Ia tidak akan bersambung, itu semua mitos. Kayap ular disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus yang sama menyebabkan ‘chicken pox’.

“Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh ‘chicken pox’ boleh mendapat jangkitan kayap ular,” katanya pada hantaran Twitter.

Beliau berkata, selepas pulih daripada ‘chicken pox’ dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

“Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit ‘chicken pox’ ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

“Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI