fbpx

Kakak ‘caras’ adik, disolek seperti pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua wanita ini sebenarnya merupakan pasangan adik beradik. – TikTok @shintabarbie

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang didakwa mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis di wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik jurusolek pengantin dikenali sebagai Shinta Barbie, kejadian sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dia berkata, kedua-dua ‘pengantin’ wanita berkenaan sebenarnya adik-beradik dan pengantin lelaki tidak berpoligami seperti yang disangka netizen.

“Ini merupakan tradisi di sebuah kampung di derah Pati. Jika mempunyai dua orang anak perempuan, ketika si adik berkahwin, si kakak perlu disolek seperti pengantin.

“Dua beradik ini mempunyai perbezaan umur 12 tahun,” kata Shinta sambil menambah, adat penduduk setempat itu digelar ‘murwokolo kembang sepasang’.

Acara perkahwinan itu berlangsung pada 21 September lepas.

Video tersebut menjadi tular dengan ada antara netizen yang menyangka pengantin lelaki berkahwin dengan dua wanita serentak.

“Kiranya, dia mempunyai dua isteri?” kata seorang pengguna.

“Kalau adiknya berkahwin, mengapa kakaknya akan disolek juga?” soal seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI