fbpx

Istana Buckingham kongsi gambar makam Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAKAM mendiang Ratu Elizabeth II dirakam di Gereja Memorial King George VI di Istana Windsor. - Royal Collection Trust/The Dean and Canons of Windsor via Getty Images

LONDON – Istana Buckingham berkongsi gambar makam mendiang Ratu Elizabeth II di dalam Gereja Kecil St. George selepas pengebumian baginda di Istana Windsor, lapor stesen penyiaran CNN.

Batu lejar berukir yang memaparkan nama mendiang Ratu Elizabeth II, didirikan di Gereja Memorial King George VI petang Isnin lalu selepas upacara peribadi yang dihadiri oleh kerabat diraja Britain.

Kubur Elizabeth II diukir daripada marmar hitam Belgium bertatahkan huruf tembaga yang memaparkan nama ibu bapa mendiang, Raja George VI dan Ratu Elizabeth diikuti nama Ratu Elizabeth II sendiri bersama suaminya, Putera Philip.

Sebutir Bintang garter memisahkan nama dua pasangan diraja itu termasuk tahun kelahiran dan kematian yang ditulis di sebelah setiap nama.

Keempat-empat monarki itu adalah ahli Order of the Garter iaitu sebuah kumpulan kesatria paling kanan negara yang ditubuhkan sejak zaman pertengahan ketika pemerintahan Raja Edward III.

Ahli-ahli kumpulan itu dipilih secara peribadi oleh kerajaan dalam mengiktiraf perkhidmatan mereka kepada negara. 

Antara mereka termasuk beberapa ahli keluarga diraja, bekas perdana menteri dan tokoh kanan lain. 

Mendiang Ratu Elizabeth II diberi penghormatan majlis pengebumian negara di Biara Westminster, London dalam acara yang dihadiri oleh pemimpin dari seluruh dunia. 

Lebih 26 juta orang di Britain menonton upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada Isnin lalu yang kali pertama disiarkan di televisyen untuk seorang monarki Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI