fbpx

Geng curi lembu bunuh 11 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertempuran berkaitan haiwan ternakan dan air sering berlaku di daerah Turkana. – Getty Images

NAIROBI, KENYA – Sekurang-kurangnya 11 orang mati  dibunuh geng pencuri lembu dalam satu insiden serang hendap di utara Kenya, kata polis seperti dilaporkan Badan Penyiaran Britain  (BBC) semalam.

Lapan anggota polis, dua orang awam dan seorang ketua tempatan dilaporkan antara yang menjadi mangsa dalam keganasan di daerah Turkana itu pada  Sabtu lalu.

Anggota-anggota  Perkhidmatan Polis Negara kini memburu geng pencuri lembu itu yang bertindak  menyerbu sebuah kampung dan mencuri haiwan ternakan milik penduduk.

Pertempuran berkaitan haiwan ternakan dan air sering berlaku di kawasan tersebut, yang kini berdepan dengan krisis iklim yang semakin buruk.

Polis Kenya menggelar serangan tersebut sebagai ‘serang hendap penjenayah dan pengecut’ ke atas orang awam dan anggota polis.

Susulan kejadian itu, beberapa anggota tambahan telah dikerah  ke perkampungan di Turkana Timur bagi meningkatkan keselamatan dan meneruskan pemburuan suspek yang bertanggungjawab, yang didakwa merupakan ahli kumpulan etnik Pokot.

Bulan lalu, tujuh orang mati terbakar di daerah sama ketika diserang oleh militan Pokot. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI