fbpx

Dilema Manchester United kekalkan David De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA hanya memiliki baki kontrak sehingga penghujung musim ini di Old Trafford. – AF

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan masih belum membuat keputusan mengenai masa depan penjaga gol mereka, David De Gea sama ada untuk melanjutkan kontrak pilihan setahun atau sebaliknya.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu hanya mempunyai baki kontrak semasa sehingga penghujung musim ini dan situa­si semasa bakal menyaksikan De Gea mungkin akan meninggalkan Old Trafford secara percuma dalam tempoh sembilan bulan lagi.

Awal minggu lalu, United meng­umumkan bahawa per­belanjaan gaji pemain yang terpaksa ditanggung meningkat kira-kira 19.1 peratus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak £61.6 juta (RM306.25 juta) .

Ketika ini, De Gea menerima gaji mingguan sebanyak £350,000 (RM1.74 juta), namun United dikatakan bersedia untuk memberikan tawaran baharu untuk memastikan dia terus kekal dan enggan melepaskannya secara percuma.

Sepanjang 11 musim berada di Old Trafford, De Gea menjadi watak penting di dalam bilik persalinan United, malah dia menjadi satu-satu pemain pasukan itu yang berjaya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dan masih kekal beraksi ketika ini.

Bagaimanapun, tawaran kontrak baharu dengan peningkatan jumlah gaji mungkin akan menjadi masalah buat United dalam mempertahankan De Gea daripada meninggalkan mereka terutama ketika mereka turut mendedahkan jumlah kerugian sebanyak £115.5 juta (RM574.22 juta).

Situasi ketika ini memberikan tekanan buat pengurus United, Erik Ten Hag sama ada memperjudikan nasib mereka melepaskan De Gea untuk mengimbangi akaun kewangan kelab atau memberikan kepercayaan kepada Dean Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI