fbpx

Budak perempuan 12 tahun hilang, empat hari tidak pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alia Ramadan Anuar - FOTO IHSAN KELUARGA

BACHOK – Seorang kanak-kanak perempuan hilang tanpa khabar berita selepas dia keluar dari rumah di Kampung Tok Kederat di sini untuk ke rumah ibu saudaranya di dalam kampung sama pada Jumaat lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Normi Harun,47, berkata, anaknya, Nur Alia Ramadan Anuar,12, kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya kira-kira pukul 3 petang pada hari tersebut.

Menurutnya, sebelum hilang, Nur Alia Ramadan memaklumkan dia mahu pergi ke rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

“Bagaimanapun, dia tidak pulang-pulang sehingga lewat petang. Bimbang dengan keadaan tersebut, saya pergi ke rumah ibu saudaranya yang merupakan kakak saya, namun dia memaklumkan Nur Alia Ramadan tidak datang ke sana.

“Saya sempat melihat dia keluar dengan memakai baju-T dan seluar panjang, namun tidak membawa kad pengenalan bersamanya,” katanya katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tok Kederat di sini hari ini.

Menurut Normi, sehingga hari ini, Nur Alia Ramadan sudah hilang tanpa khabar berita selama empat hari.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pada Sabtu lalu.

“Saya sudah menghubungi seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan Nur Alia Ramadan, namun masih gagal mengesannya sehingga sekarang.

“Buat masa ini, saya tidak mengesyaki Nur Alia Ramadan diculik. Tetapi, saya tetap khuatir apabila banyak dakwaan yang mengatakan banyak berlakunya cubaan culik kanak-kanak di media sosial sejak kebelakangan ini,” katanya.

Orang ramai yang menemui atau boleh membantu pencarian Nur Alia Ramadan, boleh hubungi Normi di talian 019-398 2881 atau laporkan ke balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI