fbpx

Azmin wakili PM ke pengebumian Shinzo Abe esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul ketika kereta jenazah yang membawa mayat bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meninggalkan tokong Zojoji di Tokyo baru-baru ini.-AFP

PUTRAJAYA- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Upacara Pengebumian Negara bagi mendiang Shinzo Abe di Jepun esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bakal diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

“Upacara khas untuk mantan Perdana Menteri Jepun itu diadakan di kompleks sukan terkenal Jepun, Nippon Budokan yang turut dihadiri ramai tokoh asing.

“Beliau juga dijangka bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang turut disertai Ketua Setiausaha Kabinetnya, Hirokazu Matsuno dan juga Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi,” katanya di sini tadi.

Wisma Putra menambah, sesi tersebut seterusnya diikuti dengan pertemuan ringkas dengan isteri mendiang, Akie Abe di rumah tetamu kerajaan, Akasaka Palace di Minato, Tokyo bagi ucapan takziah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI