fbpx

2 lelaki berjalan atas kabel lintas kawah gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan duo ini berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna. – Instagram Guinness World Records

PORT VILA, VANUATU – Dua penggemar aktiviti pengembaraan ekstrem berjaya menempa nama dalam Guinness World Records dengan berjalan di atas kabel  kendur melintasi sebuah gunung berapi aktif di Vanuatu, lapor laman berita Mirror Now kelmarin.

Organisasi rekod dunia itu baru-baru ini berkongsikan video memaparkan aksi Rafael Zugno Bridi dan Alexander Schulz  berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter (m) di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna.

Kedua-dua mereka dilihat memakai topeng  gas dan topi keledar serta cuba mengimbangi badan ketika berjalan di atas tali kendur sambil diikat dengan abah-abah.

Turut dapat dilihat adalah lahar gunung berapi berwarna merah di bahagian bawah laluan tali tersebut ketika mereka berjalan.

Pasangan duo tersebut berjaya menamatkan laluan sepanjang 261 m itu bagi mencipta rekod dunia.

“Gambar yang menunjukkan terdapat letusan lahar di belakang saya membuktikan bagaimana minat dan dedikasi boleh menjadikan impian satu kenyataan.

“Mengimbangi badan di atas garisan kendur di lokasi tersebut bukan mudah dan disebabkan itu, pencapaian ini amat penting,” kata Bridi. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI