fbpx

Wanita terkilan tak sempat ucap terima kasih pada ‘rider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang kini tular di TikTok.

PETALING JAYA – Hasrat seorang wanita untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ yang membantu memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal dunia.

Menerusi sebuah video di TikTok, wanita yang menggunakan akaun @JajaED mahu mencari penghantar makanan tersebut kerana pernah membantunya pada 20 September lalu.

Walau bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan lelaki tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

“Saya baru berniat hendak mencarinya. Dia membantu saya pada pukul 5, 20 September lalu. Saya sakit hendak bersalin, dia bantu membuka jalan untuk laluan kami.

“Ya Allah, mengigil saya apabila mendapat tahu dia adalah individu yang sama (membantu),” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh rider tersebut.

“Semoga kebaikan arwah menjadi inspirasi kepada kita. Semoga beliau juga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Syukri.

“Subhanallah, meremang bulu roma apabila baca kebaikan yang arwah buat sebelum meninggal dunia. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat syurga Allah,” kata Faseeha.

Difahamkan, ‘rider’ dikenali sebagai Rudi Hermawan Sumarno itu meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI