fbpx

Ronaldo berdepan dakwaan FA England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO didakwa berkelakuan ganas apabila membaling telefon bimbit seorang remaja ketika United tewas berdepan Everton musim lalu. – AFP

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Cristiano Ro­naldo kini berdepan pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung tindakannya berkelakuan ganas sejurus tamat aksi menentang Everton musim lalu.

Kapten Portugal itu didakwa melanggar Peraturan FA E3 selepas terdapat rakaman me­nunjukkan Ronaldo bertindak ganas membaling telefon bimbit seorang remaja ke lantai ketika berjalan memasuki bilik persalinan.

“Kami sedia maklum tentang pengumuman FA berkaitan Cristiano Ronaldo. Kami akan terus memberikan sokongan kepada pemain kami,” menurut kenya­taan United.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga turut mengesahkan yang Ronaldo memberikan kerjasama baik dan sudah pun memberikan keterangan berkaitan insiden berkenaan.

“Kami boleh sahkan yang Ro­naldo secara sukarela sudah pun hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan serangan dan kerosakan yang dilakukannya.

“Insiden itu berkaitan kejadian yang berlaku pada aksi Everton menentang United di Goodison Park 9 April lalu,” menurut kenyataan Polis Merseyside.

Sebelum ini, Ronaldo sudah pun tampil dengan permohonan maaf dan turut menawarkan remaja berkenaan, Jacob Harding peluang menyaksikan perlawanan di Old Trafford.

“Bukan senang untuk mengawal emosi ketika detik sukar. Namun, kami perlu sentiasa tunjukkan rasa hormat, bersabar dan menjadi contoh kepada golongan muda yang begitu gemarkan sukan ini,” kata Ronaldo dalam permohonan maafnya sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI