fbpx

Perjalanan karier Federer temui noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDERER dijulang oleh para pemain selepas membuat keputusan bersara secara rasmi sebaik aksi terakhir dalam saingan Piala Laver awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang tenis dunia, Roger Federer secara rasminya telah mengakhiri kariernya selepas beraksi dalam acara beregu di Piala Laver awal pagi semalam.

Juara 20 kali Grand Slam ber­usia 41 tahun yang bergandingan bersama pencabar utamanya, Rafael Nadal dalam Pasukan Eropah tewas 6-4, 6-7, 9-11 menentang Pasukan Dunia yang diwakili Frances Tiafoe dan Jack Sock di Arena O2 di London.

Federer yang menderita kecederaan lutut dan tidak bermain sejak suku akhir Wimbledon 2021 tidak mampu mengawal emosi­nya selepas menerima tepukan gemuruh 17,500 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

“Kita akan melaluinya (persaraan) dan ia adalah hari yang hebat kerana sekali lagi dapat ber­aksi di hadapan penonton yang luar biasa.

“Saya beritahu rakan-rakan bahawa saya gembira dan bukan sedih. Terasa hebat untuk berada di sini. Saya gembira kerana sekali lagi dapat mengikat tali kasut saya dan semuanya adalah buat kali terakhir.

“Saya tidak rasa tekanan walaupun sesuatu boleh terjadi, seperti cedera di betis atau di bahagian belakang, tetapi perlawanan ini bagus.

“Bermain bersama Nadal dan semua pemain hebat ada di sini, mereka semuanya legenda, te­rima kasih sekali lagi. Ia adalah perjalanan yang cukup sempurna,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI