fbpx

Pelukan pelakon popular, Caprice enggan beralah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kisah sensasi melibatkan dakwaan pelakon lelaki popular memeluk seorang wanita di kelab malam dan juga sensasi saman SM Faisal terhadap Caprice.

AWAL minggu ini, nama seorang pelakon lelaki muda popular berbakat besar tiba-tiba terpalit dengan kontroversi sekali gus menggelegakkan suhu termometer radar hiburan tempatan.

Entah tepat atau tidak, video yang tular dalam Twitter tersebut dikatakan mirip dengan wajah pelakon kacak itu yang berasal dari negeri diberi jolokan Serambi Mekah.

Mahu tidak terkejut, aksi pelakon popular yang dikatakan baru sahaja putus cinta itu dilihat sakan berpeluk dengan seorang wanita di dalam kelab hiburan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Lebih memanaskan dan menaikkan lagi suhu suasana, rakaman video berdurasi 14 saat tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan mendakwa wanita dalam video berkenaan adalah kekasihnya.

Keluar sahaja dalam media sosial selepas dimuat naik individu tidak dikenali, netizen pun lajulah membuat kerja masing-masing dan ada juga yang sempat screenshot (tangkap layar paparan skrin) sebelum menjadi bahan perbualan.

Pun begitu, tidak lama selepas tersebar dan mula diperkatakan netizen, video berkenaan diturunkan semula dan dipadam pemilik asal akaun tersebut.

Bahkan akaun milik lelaki itu juga bertukar menjadi mod privasi yang mana sebelumnya boleh disaksikan umum.

Meskipun tidak memberitahu secara terperinci mengenai lelaki yang memeluk teman wanitanya, rata-rata netizen boleh menebak dan cukup kenal identiti pelakon itu berdasarkan susuk tubuh, wajah dan gaya rambutnya.

Pun begitu, ada segelintir peminat yang tidak percaya dengan tuduhan tersebut dan melabelkan susuk lelaki dalam video itu jauh berbeza berbanding pelakon yang disebutkan.

Lebih memeranjatkan dan menguatkan spekulasi netizen sebelum terjadinya fitnah, individu berkenaan menerusi ciapan awalnya memberitahu ada dihubungi aktor tersebut yang memintanya memadam video yang tersebar.

Permintaan tersebut dilakukan kerana bimbang dan khuatir boleh menjejaskan reputasi serta imejnya sebagai anak seni yang sudah lebih dua dekad dalam industri.

Nekad bantu

Tutup mengenai pelakon dan rakan-rakannya yang sakan berhibur di kelab malam, radar dunia hiburan juga dikejutkan dengan keputusan muktamad penyanyi rap sensasi, Caprice yang bersedia untuk diseret ke mahkamah.

Katanya, dia bersedia dipanggil sekali gus memberikan kerjasama selepas ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah dalam Instagram yang mengaitkan usahawan itu dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia tidak sesekali gentar dengan perkara tersebut dan akan terus membantu lebih ramai mangsa mendapatkan keadilan.

“Saya tidak akan berhenti dan berdiam diri. Insya-Allah saya akan sentiasa membantu mangsa-mangsa yang minta tolong di luar sana.

“Kami tidak akan berhenti atau berdiam diri,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Selangor menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice, 36, sebagai defendan.

Dalam kenyataan sama, plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat mala fide (niat jahat) tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada plaintif.

Kata plaintif sehari selepas itu, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun lalu.

Pada 26 Jun lalu, Emilia diperintah menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI