fbpx

Monsun Timur Laut : MAFI tubuh bilik gerakan khas bela nasib petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (tiga dari kanan) pada Program Mesra Pahlawan di Dewan Politeknik Merlimau, Melaka, hari ini.

JASIN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menubuhkan bilik gerakan khas bagi memantau keadaan cuaca dan memberi amaran awal kepada para petani dalam menghadapi Monsun Timur Laut.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bilik gerakan itu diwujudkan di seluruh negara dengan kerjasama bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Bilik gerakan ini akan memantau keadaan cuaca serta perkembangan terkini golongan petani, penternak dan nelayan sekiranya berlaku banjir besar di satu-satu kawasan.

“Kita nak pastikan golongan ini sentiasa mendapat pembelaan sekiranya berlaku bencana, membantu golongan ini menyelamatkan harta benda serta aset dalam bencana itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Mesra Pahlawan di Dewan Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, MAFI akan menggerakkan semua aset termasuk meminta pegawai serta anggota jabatan dan agensi di bawahnya dalam menghadapi bencana berkenaan.

“Kita akan menggerakkan aset yang ada, termasuk jentera untuk mengepam keluar air di kawasan bendang, menyediakan khidmat nasihat serta bantuan kit makanan kepada mangsa yang terjejas.

“Turut diambil perhatian adalah keselamatan golongan petani, penternak dan nelayan serta kakitangan MAFI yang bertugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI