fbpx

Lelaki dipenjara 24 tahun serang wanita di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan serangan ganas ke atas empat wanita di sebuah restoran di Tangshan, China pada Jun lalu. - SCMP

BEIJING – Seorang lelaki di China dijatuhi hukuman penjara 24 tahun kerana menyerang empat wanita di sebuah restoran yang mencetuskan isu nasional mengenai keganasan berasaskan jantina, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Chen Jizhi didapati bersalah atas lapan pertuduhan berkaitan serangan pada Jun lalu itu di bandar Tangshan serta aktiviti jenayah lain yang terbongkar selepas polis melancarkan siasatan, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Guangyang di Langfang, wilayah Hebei.

Pertuduhan itu termasuk mencetuskan pergaduhan, mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan pembabitan dalam jenayah terancang sejak sedekad lalu.

Mahkamah mendapati Chen dan empat lelaki lain memukul seorang wanita dengan nama keluarga Wang dan tiga wanita lain menggunakan tumbukan, kerusi dan botol arak di dalam restoran dan di lorong di luar premis itu. Serangan itu menyebabkan dua mangsa dimasukkan ke hospital.

Mahkamah mendapati kesemua pelaku adalah ahli sebuah kumpulan penjenayah tempatan yang memulakan kegiatan pada 2012 dan terlibat dalam kes penculikan, rompakan serta perjudian.

Kumpulan itu menganjurkan kejahatan, menindas rakyat, mengganggu ketenteraman ekonomi dan kehidupan sosial tempatan serta menyebabkan impak sosial yang memudaratkan, jelas kenyataan mahkamah.

Selain mendenda Chen sebanyak 320,000 yuan (RM205,841), mahkamah memerintahkan dia dan enam tertuduh lain membayar kos perubatan dan kos lain kepada  keempat-empat mangsa terbabit akibat serangan itu.

Selain Chen, 27 defendan lain dalam kes sama dihukum penjara untuk tempoh tetap antara enam bulan hingga 11 tahun, manakala 19 daripada mereka didenda antara 3,000 (RM1,929) hingga 135,000 yuan (RM86,839).

Serangan yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu tersebar dengan pantas secara online sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna internet di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI