fbpx

Kos bayaran haji jemaah Indonesia meningkat pada 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian agama akan meningkatkan kos bayaran Bipih agar lebih seimbang dengan susbsidi yang diberi kerajaan. - Lombok Post

JAKARTA – Ketua Pengarah Haji dan Umrah Kementerian Agama Indonesia, Hilman Latief memaklumkan berlaku penyelarasan kos haji atau Bipih sepanjang pelaksanaan ibadah haji pada 2023, lapor laman Tribunnews semalam.

Bipih adalah sejumlah wang yang wajib dibayar oleh warganegara yang akan menunaikan ibadah haji.

Pada tahun 2022, jemaah membayar Bipih berjumlah 39.8 juta rupiah (RM12,958) dari jumlah yuran haji keseluruhan bernilai 98 juta rupiah (RM29,690).

“Bagi sesi tahun depan kemungkinan akan ada pembiayaan yang lebih seimbang antara Bipih dan jumlah keseluruhan. 

“Kita harus menjaga kesinambungan jemaah yang akan berangkat dengan mengawal kewangan yang dbayar jemaah,” kata Hilman.

Hilman juga menyentuh mengenai kepentingan jemaah memahami konsep istitha’ah (kemampuan) yang menjadi tuntutan haji.

Menurutnya, konsep itu merangkumi kemampuan fizikal (kesihatan) serta material (kos haji). Kewajipan haji adalah bagi orang yang istitha’ah.

“Sepatutnya jemaah diberi lebih kefahaman mengenai istitha’ah termasuk aspek kos,” kata Hilman.

Jumlah kuota haji Indonesia pada tahun ini adalah sekitar 50 peratus dan menjadikan tempoh menunggu jemaah haji di Jakarta mencecah 56 tahun.

Beliau berharap pada 2023, kuota haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi akan kembali normal.

“Semoga tahun depan kuota dapat kembali normal supaya tempoh menunggu di Jakarta  lebih singkat,” kata Hilman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI