fbpx

Jawapan kepada cabaran usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZ (tiga dari kiri) yakin program 10X Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks bulan depan bakal memberi jawapan kepada cabaran yang dihadapi usahawan.

SHAH ALAM – Bangsa usahawan yang hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya bakal mendapatkan jawapan kepada cabaran yang dihadapi mereka ketika ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, jawapan tersebut akan menjadi persiapan mereka untuk berdepan situasi lebih mencabar pada baki suku keempat tahun ini.

“Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsi dapatan terbaharu dan panduan agar bisnes mampu bertahan.

“Kami tahu kebanyakan usahawan, bahkan mereka yang sudah bertahun-tahun dalam bisnes sedang terkesan dengan situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Radz menambah, RichWorks mahu menyokong usahawan di luar sana semampu mungkin.

“Kami percaya, ilmu dan panduan dikongsikan pada 28 hingga 30 Oktober nanti akan memberikan sinar buat mereka, agar dapat membantu bisnes terus berdaya saing dalam pasaran,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, bangsa usahawan boleh layari laman web www.binabisnesberjaya.com atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI