fbpx

Anak-anak comel, Elfira Loy diminta beranak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECOMELAN dua anak Elfira Loy selalu mencuri perhatian peminat.

BUKAN main sedap suruh orang beranak ramai-ramai. Ingat ‘kilang’ buat bayi ke? Ada-ada sajalah netizen. Bukan apa, baru-baru ini pelakon cantik Elfira Loy ada berkongsi foto anak-anaknya dalam media sosial.

Disebabkan anak-anaknya terlalu comel, maka peminat buat permintaan dengan meminta dia beranak lagi. Kelakar kan?

Tapi kata Elfira, bukan mudah sebenarnya untuk melalui proses kehamilan, bersalin apatah lagi membesarkan anak-anak.

“Kalau beranak senang macam mesin fotostat, dah lama saya beranak 10 orang,” seloroh Elfira.

Katanya lagi, dia belum punya perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata. Lagipun anak keduanya baru sahaja mencecah usia empat bulan dan merancang untuk kembali hamil dalam masa empat tahun.

Walaupun masih ‘perawan’, Diva faham macam mana susahnya untuk menjaga anak. Lagi-lagi kalau ibu itu seorang wanita berkerjaya.

DIVA: Dengarnya hubungan pelawak Shuk dan isterinya, Sera sudah kembali jernih. Kalau betul, baguslah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI