fbpx

Amaran ribut petir di lapan buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri.

Amaran itu dikeluarkan susulan keadaan hujan lebat berserta angin kencang yang diramal akan berlaku sehingga 11 pagi ini di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

“Amaran tersebut dikeluarkan bagi negeri Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu di Perak, cuaca sama diramal berlaku di daerah Kerian,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, keadaan hujan lebat berserta angin kencan juga akan berlaku di Miri (Subis dan Miri), Sarawak.

“Di Sabah pula, daerah yang dikenakan amaran ribut petir ialah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Terdahulu, semalam dilaporkan hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sementara ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI