fbpx

Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa daerah di Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 26 September ini.

“Keadaan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan beberapa lokasi di Gelang Patah, Larkin dan Skudai terkesan selepas dinaiki banjir kilat ekoran hujan lebat berlarutan sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI