fbpx

3,750 peruncit, pemborong dibenarkan tambah stok persiapan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (dua dari kiri) menyantuni pelanggan yang membeli ayam segar pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sebanyak 2,711 peruncit terpilih daerah (DDR) dan 1,039 pemborong terpilih daerah (DDW) di seluruh negara telah dikenal pasti untuk mendapat kebenaran menyimpan bekalan barangan keperluan asas melebihi 30 peratus daripada kuantiti dilesenkan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, kebenaran khas itu akan berkuat kuasa pada bulan Oktober depan.

“Kesemua DDR dan DDW berkenaan boleh menyimpan bekalan tambahan 30 peratus supaya bekalan makanan penduduk di kawasan terjejas banjir tidak terputus.

“Sekiranya banjir lebih buruk berlaku, kita akan sentiasa menambah stok bekalan makanan dari semasa ke semasa mengikut penyelarasan dibuat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya di Seberang Takir di sini hari ini.

Terdahulu, beliau ditemui selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

Dalam perkembangan sama, Azman berharap mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan yang bakal terlibat misi bantuan banjir mendapatkan bekalan barangan di luar kawasan banjir.

Jelas beliau, ia bertujuan agar stok bekalan untuk penduduk setempat tidak terjejas ekoran pembekalan secara pukal oleh NGO dan sukarelawan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI