fbpx

YOKUK tambah baik infrastruktur rawatan, perkhidmatan kepada OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suliana (tengah) meraikan kanak-kanak OKU pada Program Amal YOKUK Karnival 2022 di Pejabat YOKUK, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) sedang dalam perancangan untuk menambahbaik infrastruktur merangkumi perkhidmatan rawatan kepada seramai 6,000 orang ahli yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan keluarga kurang berkemampuan di negeri ini.

Pengerusinya, Suliana Shamsuddin Alias berkata, pihaknya menyediakan juruterapi yang akan membantu ahli untuk mendapatkan pelbagai latihan dan perkhidmatan terapi secara percuma.

Menurutnya, YOKUK setakat ini menyediakan kemudahan terapi berkuda, kolam terapi hidro dan beberapa jenis rawatan lain kepada ahli-ahli yang berdaftar.

“Rawatan terapi ini kembali beroperasi selepas pandemik Covid-19. Jadi, semua ahli berdaftar boleh menerima rawatan dan perkhidmatan terapi yang disediakan YOKUK.

“Seramai 30 kakitangan YOKUK bertugas untuk memberi perkhidmatan kepada ahli. Oleh itu, kita mengalu-alukan sukarelawan atau badan korporat untuk membantu dalam memberi perkhidmatan kepada golongan OKU dan mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Amal YOKUK Karnival 2022 di Pejabat YOKUK, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Suliana, beliau berharap kerajaan dapat meningkatkan elaun kepada golongan OKU sempena Bajet 2023 kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk golongan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI