fbpx

Wanita Kelantan suka tunjuk barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menjadi satu kemestian jika anda mempunyai kenalan wanita di Kelantan, ternyata kebiasaan lengan mereka dipenuhi barang kemas.

Bukan semua, tetapi kebanyakan golongan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan memiliki gelang, cincin serta rantai emas yang saiznya agak besar.

Menerusi perkongsian di Facebook yang menggunakan gelaran Malini Gold, rata-rata kaum wanita dari Pantai Timur itu menjadikan barang kemas sebagai perkara dalam keinginan mereka.

Katanya, kaum wanita di sana sanggup bermain kutu emas yang dibayar secara bulanan bagi mendapatkan barang kemas yang diingini.

“Lagi satu, kaum wanita Kelantan ini rajin berniaga. Walaupun secara kecil-kecilan tetapi mereka rajin mencari duit, biasanya mereka akan kumpul sedikit demi sedikit.

“Saiz barang kemas mereka bukan saiz biasa harga juga bukan ratus-ratus, biasanya belasan ribu ringgit,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, katanya lagi bagi wanita yang bekerjaya, mereka akan asingkan gaji mereka terlebih dahulu bagi memudahkan mereka membeli barang kemas yang diingini.

“Dekat Kelantan semua benda murah, tak sama macam dekat Kuala Lumpur, kalau yang bergaji RM3,000 dekat Kelantan sudah mewah.

“Jadi tiada masalah kalau mereka mampu beli barang kemas yang besar-besar dan mahal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI